Friday, September 14, 2007

POKET KOSONG, JIWA KOSONG

aku mahu jadi kaya
seperti orang berada
banyak wang
bermewah dengan benda
berkereta besar
bermegah rumah tersergam
khayalan dan impianku

aku mahu jadi kaya
seperti orang lain
dapat apa dimahu
rasa apa yang sedap
gembira apa yang menghiburkan
khayalan dan impianku

aku mahu jadi kaya
senang lenang
berjalan di atas angin
berlari cepat sampai
bertutur semua dengar
khayalan dan impianku

aku mahu jalan mudah
untuk menjadi kaya
tolak jauh perundangan
pergi jahanam etika dan moral
rempuh dan meredah
tidak kira keji
tidak kira kotor
tidak kira musibah
mengejar khayalan dan impianku

kuala lumpur
14.9.2007
11 pagi

1 comment:

Wakmasnoor said...

Suka sangat dengan nukilan2 sajak yang ada di sini.

Maybe we can exchange some...